Kamis, 26 April 2012

Untuk Jiwa Yang Kecewa


Mungkin dirimu ditinggalkan,Mungkin dirimu menyendiri,
Mungkin dirimu di kelilingi,Mungkin kau hanya mencari,
Masih belum kau temui,Kerana kau tidak tau,
Apa yang sebenarnya hilang.
...
Mungkin kau bersedih,Mungkin kau bergembira,
Mungkin kau biasa-biasa saja,Namun, kosong itu masih ada.

Pernahkah,,
Pada kau menyendiri,Tanpa siapa2 di sisi,
Kau merasa sedih, mungkin juga benci,
Benci semua makhluk di sekeliling,Karana mereka meninggalkanmu.

Pernahkah kau bersedih karana diri tidak dipedulikan,
Kerana diri tidak sehebat manusia lain,
Lalu di situ kau terduduk,
Menangis walau itu hanya dalam hati.

Tiba-tiba terdengar satu suara halus,
Yang membujuk hati agar jangan bersedih,
Yang memberitaumu bahawa kau tidak sendirian,
Yang meyakinkanmu bahawa awan hitam akan berarak pergi,
Matahari pula akan bersinar kembali.


Terdengar juga samar suara,
Yang menyuruhmu untuk tidak mempedulikan itu semua,
Segalanya mustahil, mana mungkin ada peneman setia,
Yang sanggup mendengar segala keluh-kesahmu,
Yang sanggup memaafkan walau menggunung tinggi dosamu,
Yang sanggup menerima usahamu walaupun tidak sehebat insan lain,
Yang tidak pernah sekalipun menolak untuk berada di sisimu.

Namun, suara halus tadi itu kian sayup-sayup kedengaran,
Kemudian hilang ditenggelamkan suara samar yang menambahkan kebencian di hati,
Tanpa sadar dirimu dikendalikan amarah,
Mencari kehilapan, mencari kesalahan.


Mungkin pernah,
Dirimu merasakan tak ada gunanya menjadi baik,
Kerana akhirnya kau hanya dikhianati, dibenci dan dicaci maki,
Lalu kau mengalah dan ingin berubah menjadi jahat,
Lalu kau biarkan kerana mau mengelak dari terluka.



Ketahuilah,,
suara halus itu adalah kasih sayang dari Allah,
Yang seringkali insan abaikan,Yang seringkali dipungkiri,
Yang seringkali bergema dalam jiwa,
Namun jarang sekali dibiarkan terus bergema,
Untuk terus membasahi hati yang dahaga cinta-Nya.


Kau tahu apa yang telah hilang?
Itulah dia, kau hilang cintamu kepada Tuhan,
Jadi, buat kau yang bernama diri,
Duduk, diam dan fikir,
Dengarlah suara halus itu,
Carilah kembali apa yang kau hilang,
Kerana hanya dengan itu,
Hatimu akan kembali terisi,

“Bersyukurlah andai memiliki hati yang sering dilukai, karana olehnya kita belajar menjadi orang yang lebih mengerti, memahami dan menghargai.”

Tidak ada komentar:

Posting Komentar